Zelmey, Rahman Palil, Aku di Lodge Paradize sekitar jam 3.30 pagi.
Semalam masa aku tengah menulis artikel tentang Kuyem dengan Kamal Hisham (Part 29) tetiba Zelmey (klik) call aku lebih kurang 6.54 petang. Dia kata temujanji dengan Rahman Palil 'on' kul 11 sampai 12 malam. Aku dengar suaranya
agak happy tapi nadanya seperti kucing nak terkam tikus. Dalam hati aku, masaklah rahman malam ni.
agak happy tapi nadanya seperti kucing nak terkam tikus. Dalam hati aku, masaklah rahman malam ni.
Pendekkan cerita aku sampai opis dia sekitar kul 10.21 malam. Dia nampak 'epi bangat' bila dia tengok muka aku. Tapi bila aku tenung matanya, nampak merah semacam tapi aku buat tak tahu mungkin dia tak cukup tido agaknya.
Kami bertiga pergi ke Lodge Paradise. Lupalak nak beritau, aku ajak sekali 'sayang' temankan aku...hu hu.
Sampai jer kat sana Zelmey tegur aku Khaled Nordin ada kat table hujung. Dalam hati aku lepas dapat 'port baik' pastu nak jumpa dia dan nak bertanya khabar untuk buang bahasa?
Tak sampai 5 minit lepas aku order makanan bila aku nak jumpa dia jer tetiba semua makhluk yang bersama Khaled Norden hilang! Bila aku tanya waiter mana VIP tu dengan kuncu-kuncunya, dia jawab
"Datuk, baru jer balik. Dia lepak kat sini sejak dari pukul 5.00 petang tadi."
Elo Dol, ko ni pehal ha? Kenapa blah macam tu jer? Lu ingat lu besar sangatke? Aku janji dengan korang semua sekiranya aku terjumpa dia kat mana-mana sekali pun, sumpah aku mesti sound tepek kat dia! Ko ni memang cari penyakit arr!
Satu ilmu yang bapak aku ajar, 'Sometimes you have to be cruel to be kind'.
Tak sampai 5 minit kemudian Rahman Palil sampai bersama wakil peribadinya. Zelmey bangun dari tempat duduk dan sambut bertanya khabar. Tika aku tengah blur memikirkan perangai Khaled yang macam lahanat tu tetiba aku dengar suara sayang.
'Abang, bangunlah dan salam dengan Datok'
Aku pun salamlah dalam kedaan terpinga-pinga tapi agak kecewa bila salaman aku disambut dengan lemah (tidak genggam erat) dan tidak memandang muka aku.
Pada aku, PR orang politik yang paling terbaik adalah Datuk Zahid Hamidi. Sentiasa tersenyum, bila bersalam dia genggam tangan kita dengan erat dan pandang muka dengan tepat wajah kita dan yang paling mahal dia akan sentuh bahu kita. Benda-benda macam ni yang buat aku cair dengan dia. Aku tahu Uncle Zahid ni masih panas lagi dengan aku (mungkin kot..entahlah) sebab aku pernah cuit dia tahun lepas.
Lek Lu, Sap Kok Tang Lu...nak jadi TPM tak bolehlah marah lama-lama sangat. Biasa la menteri pertahanan kena la bertahan, Yang bocor-bocor sana sini tu cepat-cepatlah tampal.
Hati aku dah mula terbakar...panasss...dalam hati aku si Rahman ni mesti 'disekolahkan'!
No comments:
Post a Comment